Nintendo ketika Nintendo Direct telah mengumumkan yang permainan terbaru di dalam Super Mario Party akan dilancarkan pada 17 Oktober ini iaitu Super Mario Party Jamboree. Permainan ini antaranya akan menyertakan lima papan permainan seperti Rainbow Galleria, Roll ’em Raceaway dan Goomba Lagoon.
Selain itu, terdapat juga dua papan permainan daripada permainan Mario Party sebelum ini. Jamboree juga akan menyertakan lebih 110 permainan mini iaitu terbanyak yang pernah ditawarkan di dalam permainan ini. Permainan ini juga akan menyokong sesi permainan sehingga 20 pemain secara dalam talian melalui mod Koopathlon.
Super Mario Party Jamboree akan menjadi permainan ke-13 di dalam siri ini, dan ketiga dilancarkan untuk Nintendo Switch selepas Super Mario Party dan Super Mario Party: Superstars.