Square Enix ketika acara Nintendo Direct telah mengumumkan yang Dragon Quest III HD-2D Remake iaitu versi olahan semula untuk Dragon Quest III akan dilancarkan pada 14 November 2024 untuk Nintendo Switch – di pengumuman berasingan, ia juga diumumkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.
Dragon Quest III merupakan permainan yang penceritaan berlaku sebelum kejadian di dalam permainan pertama Dragon Quest. Mengisahkan mengenai seorang hero yang dipertanggungjawabkan untuk melawan Baramos selepas bapanya gagal di dalam percubaannya sebelum ini.
Selain itu, bagi melengkapi ‘Erdrick Trilogy’, Square Enix juga mengumumkan yang Dragon Quest I & II HD-2D Remake juga sedang dibangunkan dan akan dilancarkan tahun depan.