Skip to main content

Ketika acara Nintendo Direct, Mario & Luigi: Brothership diumumkan akan dilancarkan pada 7 November 2024 untuk Nintendo Switch. Menariknya permainan terbaru bagi Mario bersama dengan abangnya ini menyertakan tatamain pertempuran mengikut turutan.

Mario dan Luigi di dalam permainan ini mengembara di kawasan Concordia menggunakan Shipshape iaitu sebahagian kapal dan sebahagian pulau. Sepanjang pengembaraan ini, mereka akan berjumpa dengan pelbagai lawan dan juga rakan seperti Peach dan Bowser.

Selain melakukan serangan secara kendiri, Mario dan Luigi juga boleh melakukan serangan bersama menggunakan ‘Bros. Moves’ yang mempunyai kekuatan tersendiri.

Leave a Reply