Nintendo ketika acara Nintendo Direct semalam telah mengumumkan yang permainan terbaru di dalam siri Zelda, iaitu The Legend of Zelda: Echoes of Wisdom akan dilancarkan pada 26 September 2024 untuk Nintendo Switch.
Permainan yang menyertakan penceritaan serba baharu ini akan menjadikan Zelda sebagai protagonis utama selepas Link bersama dengan sebilangan penduduk Hyrule telah diculik oleh satu rift misteri.
Walaupun sebagai hero, Zelda tidak menggunakan senjata seperti Link sebaliknya dia menggunakan kuasa sihir menggunakan Tri Rod untuk menghasilkan echoes iaitu salinan bagi barangan tertentu dan juga penjahat.
Selain itu, Nintendo juga mengumumkan pada tarikh yang sama, Nintendo Switch Lite Hyrule Edition akan dilancarkan dengan rekaan berdasarkan siri permainan ini.