Apple Original Films, Warner Bros dan Formula 1 telah mengumumkan yang filem berdasarkan sukan pemotoran tersebut akan ditayangkan pada 25 Jun 2025. Filem ini akan dibintangi oleh Brad Pitt, manakala Lewis Hamilton yang menjadi juara dunia sebanyak 7 kali menjadi salah seorang penerbit untuknya bersama dengan Jerry Bruckheimer dan Chad Oman,

Filem ini diarahkan oleh Josep Kosinski iaitu pengarah untuk Top Gun: Maverick. Filem ini dikatakan dirakamkan semasa perlumbaan sebenar serata dunia melibatkan komuniti F1, kesemua 10 pasukan, pemandu dan juga FIA.

Selain Brad Pitt, senarai pelakon lain yang akan terlibat ialah Kerry Condon, Javier Bardem, Tobiaz Menzies, Sarah Niles, Kim Bodnia dan Samson Kayo.

Sohor Kini