CI Games telah mengesahkan yang permainan susulan untuk Lords of the Fallen sedang dibangunkan dan ia akan tiba pada tahun 2026 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC yang akan diterbitkan oleh Epic Games, menjadikan ia berkemungkinan besar ditawarkan secara eksklusif di Epic Games Store.

Lords of the Fallen merupakan permainan yang dibangunkan oleh Hexworks dengan dilancarkan pertama kali pada tahun 2014, permainan olahan semula berjudul sama dilancarkan pada tahun 2023 untuk platform yang sama.

Permainan terbaru ini dikatakan telah terjual sebanyak 1.3 juta unit setakat ini dan menerima ulasan yang baik.

Sohor Kini