Saber Interactive telah mengumumkan yang Stormind Games sedang membangunkan permainan berdasarkan siri filem ‘A Quiet Place’ iaitu A Quiet Place: The Road Ahead. Permainan ini akan dilancarkan pada tahun ini untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Stormind Games sebelum ini membangunkan permainan seperti Remothered dan Batora: Lost Haven. A Quiet Place

A Quiet Place: The Road Ahead merupakan permainan pengembaraan seram yang menurut Saber akan disukai oleh peminat filem ini dan juga peminat permainan seram secara umum. Pemain akan membawa watak seorang wanita yang bukan sahaja perlu menghadapi ancaman penjahat tetapi juga masalah di dalam keluarganya sendiri.

A Quiet Place merupakan siri filem yang dihasilkan oleh John Krasinski, ia telah menerima dua filem sebelum ini dengan filem ketiga iaitu A Quiet Place: Day One yang menjadi filem prekuel akan mula ditayangkan pada 27 Jun ini.

Sohor Kini