Arc System Works telah mengumumkan yang siri anime berdasarkan Guilty Gear sedang dibangunkan dengan judul “Guilty Gear Strive: Dual Rulers”. Maklumat lanjut akan dikongsi semasa panel Guilty Gear di Anime Expo bulan depan.

Siri anime ini akan diarahkan oleh Shigeru Morikawa yang sebelum ini mengarah siri animse seperti Chrono Crusade dan The Familiar of Zero: Knight of the Twin Moons. Studio animasi pula adalah Sanzigen Inc. yang menghasilkan anime seperti BanG Dream!, Sakura Wars the Animation dan Bubuki Buranki.

Guitly Gear merupakan siri permainan pertempuran yang dibangunkan oleh Arc System Works, permainan pertama dilancarkan pada tahun 1998, dan telah menerima 7 permainan dengan yang terbaru adalah Guilty Gear Strive yang dilancarkan pada tahun 2021.

Sohor Kini