PUBG: Battlegrounds untuk PC telah menerima acara kolaborasi di antara permainan tersebut dengan kumpula K-Pop terkenal iaitu NewJeans. Manakala bagi pemain di konsol PlayStation dan juga Xbox perlu menunggu sedikit dengan ia akan bermula pada 20 Jun ini.

Acara ini berlangsung sehingga 9 Julai untuk PC dan 17 Julai untuk konsol.

Melalui acara ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan barangan-barangan kosmetik berlainan mengikut ahli kumpulan NewJeans iaitu Minji, Hanni, Danielle, Haerin dan juga Hyein dengan kesemua rekaan menggunakan tema arnab yang sudah sinonim dengan kumpulan ini.

Selain itu, pemain juga boleh mengunjungi kawasan yang sudah diubah untuk mengikut tema kolaborasi ini, seperti di sekolah Taego, pentas persembahan di tempat permulaan, dan juga record shop, air tin dan papan iklan.

PUBG: Battlegrounds sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini