MBO Cinemas hari ini telah mengumumkan yang mereka akan menamatkan operasi cawangan mereka di Atria Shopping Gallery dengan tayangan terakhir di pawagam tersebut adalah pada 30 Jun 2024.

Mereka juga mengatakan yang bagi pengunjung yang sering menonton filem di cawangan ini, boleh mengunjungi cawangan mereka yang berhampiran iaitu MBO Quayside Mall, MBO Brem Mall, MBO Harbour Place dan MBO Space U8.

MBO membuka semula cawangan Atria Shopping Gallery pada tahun 2021, selepas menamatkan operasi buat sementara waktu akibat pandemik Covid-19, dengan perkembangan terbaru ini, ia akan ditutup buat selamanya.

Buat masa ini tidak disahkan lagi jika ada jenama pawagam yang lain akan menggantikan mereka.

Sohor Kini