Pemain-pemain di PlayStation 5 bermula hari ini boleh memulakan ataupun menyertai perbualan suara melalui Discord secara terus melalui konsol tanpa memerlukan penggunaan aplikasi secara berasingan. Fungsi ini ditawarkan secara berperingkat bermula di Jepun dan Asia, dan kami boleh sahkan yang ia sudah boleh digunakan di Malaysia.

Jika anda ingin menggunakan fungsi ini, anda perlu terlebih dahulu menyambungkan akaun PlayStation Network ke Disocrd, kemudian mengakses Discord melalui menu Control Center – Game Base dan pilih “Discord” dan pilih Voice Channel yang ingin digunakan.

Fungsi ini sudah semestinya berguna jika pemain ingin melalukan perbualan suara bersama dengan rakan atau pemain di platform lain.

Sohor Kini