Square Enix telah mengumumkan yang Visions of Mana akan dilancarkan pada 29 Ogos 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Pengumuman ini dilakukan bersama dengan treler pelancaran yang anda boleh tonton di bawah.
Visions of Mana merupakan permainan seterusnya di dalam siri ‘Mana’ selepas kali terakhir dilancarkan 15 tahun yang lepas. Permainan ini juga menjadi permainan pertama di dalam siri ini, dilancarkan untuk konsol Xbox.
Di dalam permainan ini, pemain akan mengikut pengembaraan Val yang bersama dengan Faeries iaitu rakannya yang terpilih untuk menjadi Alm of Fire dan perlu ke Tree of Mana untuk mengembalikan aliran mana.