Astro Shaw telah mengumumkan yang The Experts iaitu filem terbaru terbitan mereka bersama dengan ZAK Capital dan TGV Pictures akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2024 yang berlangsung sehingga 23 Jun, sebagai sebahagian daripada segmen ‘The Belt and Road Filem Week’. Melaluinya, filem ini akan ditayangkan di beberapa lokasi seperti Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo dan Hefei.

The Experts masih ditayangkan di pawagam dan telah mengutip melebihi RM10 juta setakat ini, ia mengisahkan mengenai sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Filem ini diarahkan oleh Andrew Chiew bersama dengan Nazim Shah dan melibatkan senarai pelakon seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, dan Maya Karin. Anda boleh baca ulasan kami bagi filem ini di pautan berikut – Ulasan The Experts.

Sohor Kini