Sony Interactive Entertainment telah berkongsi senarai permainan baharu yang akan menyertai Katalog PS Plus iaitu penawaran khusus untuk pelanggan PS Plus Extra dan Deluxe. Permainan-permainan yang disertakan ini akan mula boleh dimuat turun pada 18 Jun 2024.

Ia juga merupakan permainan tambahan kepada penawaran khusus untuk tawaran bagi Days of Play sebelum ini.

Berikut adalah permainan yang disertakan:

  • Monster Hunter Rise
  • Football Manager 2024
  • Crusader King III
  • Monster Energy Supercross – The Official Videogame 6
  • After Us
  • Anno 1800
  • Police Simulator: Patrol Officers
  • Far Cry 4
  • LEGO The Hobbit
  • LEGO The Incredibles

Pelanggan PlayStation Deluxe juga akan mendapat permainan-permainan di bawah kategori PlayStation VR2 dan PlayStation Classic – berikut adalah permainan-permainan yang disertakan pada bulan ini;

  • Kayak VR: Mirage (PS VR2)
  • LEGO Star Wars II: The Original Trilogy
  • Ghosthunter
  • Daxter

PlayStation Plus kini ditawarkan dengan tiga tahap iaitu Essential, Extra dan Deluxe. Essential ditawarkan dengan harga RM39/sebulan, RM75/3 bulan dan RM235/setahun. Extra ditawarkan dengan harga RM49/sebulan, RM125/3 bulan dan RM400/setahun. Deluxe ditawarkan dengan harga RM55/sebulan, RM145/3 bulan dan RM460/setahun.

Sohor Kini