MachineGames dan Bethesda Softworks ketika Xbox Games Showcase telah berkongsi treler baharu untuk Indiana Jones and the Great Circle yang memperlihatkan Indiana sedang berada di pergunungan Himalaya untuk mencari artifak.

Di dalam treler ini, Indy bersama dengan Gina Lombardi mencari artifak tersebut, tetapi selepas menjumpainya, mereka diserbu oleh Nazi. Berlaku pertempuran yang memperlihatkan pelbagai helah dilakukan oleh Indy.

Treler ini memfokuskan cinematic sahaja, selepas sebelum ini hadir dengan treler yang memfokuskan tatamain.

Indiana Jones and the Great Circle akan dilancarkan pada tahun ini untuk Xbox Series dan PC.

Sohor Kini