Bad Guitar Studios bersama dengan penerbit NetEase Games ketika Xbox Games Showcase telah mengumumkan permainan baharu oleh mereka iaitu FragPunk. Ia merupakan permainan menembak hero 5v5 yang mempunyai elemen power-up.

Buat masa ini, permainan ini diumumkan akan tiba pada tahun 2025 untuk Xbox Series dan PC

Selain boleh memilih watak-watak berbeza untuk digunakan, pemain juga dapat menggunakan power-up di dalam bentuk kad, setiap power-up ini mempunyai kesan yang berlainan. Antaranya adalah menjadikan setiap tembakan mempunyai kesan tambahan ataupun mengubah fizikal lawan seperti membesarkan kepala mereka untuk memudahkan headshot.

Mereka mengatakan yang semasa pelancaran terdapat 70 kad berbeza yang boleh digunakan, menjadikan setiap sesi perlawanan sentiasa berlainan.

Sohor Kini