PUBG Mobile telah menganjurkan acara kolaborasi bersama dengan siri anime popular Dragon Ball Super. Kolaborasi ini sudah berlangsung yang membawa barangan kosmetik dan juga pek suara sehingga 31 Julai 2024.

Sepanjang tempoh ini, pemain boleh dapatkan Set Watak Vegito, Set Watak Bulma, Set Watak Son Goku (Super Saiyan Blue), dan Set Watak Vegeta (Super Saiyan Blue). Pemain juga boleh dapatkan figura pelbagai watak yang akan terus kekal di dalam permainan iaitu Son Goku, Vegeta, Vegito, Piccolo, Frieza, Ultimate Gohan, dan Bulma, bersama dengan lokasi Kame House.
Figura ini boleh didapatkan dengan bermain mod Home, acara di dalam permainan, Prize Path, ataupun dibeli secara terus dari kedai di dalam permainan.
Selain daripada itu, sehingga 9 Julai, pemain juga boleh bermain Dragon Ball Super Matching Game untuk mendapat ganjaran eksklusif seperti Set Gaya Mai, Pek Suara, dan juga figura Dragon Ball No 4.
PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia merupakan permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.