Wall Street Journal telah melaporkan yang perbincangan untuk menggabungkan Paramount dan Skydance yang sebelum ini dikatakan semakin hampir untuk selesai, ditamatkan pada minggu ini tanpa sebarang persetujuan.

Laporan tersebut juga mengatakan yang Shari Redstone iaitu pemilik National Amusements yang memegang 77% saham kelas A untuk Paramount tidak bersetuju dengan beberapa penawaran oleh Skydance dan syarikat pengurusan aset RedBird.

Shari Redstone sebaliknya dikatakan akan melihat untuk menjual National Amusements berbanding menjual Paramount secara berasingan. Beliau sebelum ini juga menolak tawaran Sony Pictures yang ingin mengambil-alih penuh Paramount tetapi akan memecahkan bahagian studio tersebut.

Melalui kenyataan yang diberikan oleh pihak pengurusan Paramount, buat masa ini mereka akan meneruskan strategi yang dibincangkan sebelum ini jika pengambil-alihan tidak berjaya, ini termasuklah bekerjasama dengan media lain untuk penstriman dan membuang sebilangan pekerja bagi mengurangkan kos operasi.

Sohor Kini