Playground Games ketika Xbox Games Showcase telah berkongsi treler baharu untuk penghasilan semula Fable. Melalui treler ini, turut diumumkan yang ia akan tiba pada tahun 2025. Platform permainan ini dilancarkan masih tidak disahkan selain daripada Xbox dan juga PC.
Di dalam treler terbaru ini, diperkenalkan watak Humphrey yang disuarakan oleh Matt King dan merupakan bekas ‘Hero’ terpaksa keluar daripada persaraannya. Dia bersama dengan hero baharu bagi permainan ini bersama untuk melawan pelbagai penjahat.
Treler juga mengacah yang sistem moral akan kembali dengan kelakuan serta pilihan pemain akan menentukan moral watak.
Fable merupakan permainan aksi RPG yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2004 yang dibangunkan oleh Lionhead Studios sebelum ditutup oleh Microsoft pada tahun 2016, dengan permainan Fable Legends dibatalkan.