Kejohanan Honor of Kings Invitational 2024 Musim 2 akan berlangsung buat julung kalinya di Malaysia bermula pada 29 Jun ini sehingga 7 Julai 2024 yang akan melibatkan 13 pasukan terbaik serata dunia. Selain merebut hadiah terkumpul $300 ribu, mereka juga merebut untuk mendapat slot ke kejohanan Mid-Season Invitational dengan hadiah terkumpul $3 juta.

Selepas melalui pusingan kelayakan, 13 pasukan yang terlibat dengan kejohanan ini telah disahkan dengan dua pasukan dari Malaysia iaitu LGD Gaming MY yang melayakkan diri melalui Pusingan Kelayakan Malaysia dan Team Secret yang mendapat slot daripada ‘SEA Last Chance’.

Berikut adalah pasukan yang akan terlibat:

  • LGD Gaming MY (Malaysia)
  • Team Secret (Malaysia)
  • RRQ (Indonesia)
  • FUT Esports (Turkiye)
  • Isurus (Argentina)
  • Kagendra (Indonesia)
  • BOOM Esports (Filipina)
  • Impunity (Myanmar)
  • Keyd Stars (Brazil)
  • All Gamers.HK (Hong Kong)

Tiga lagi pasukan akan diumumkan kemudian yang akan mewakili Eropah, MENA, dan pemenang CHOKBR.

Honor of Kings sebelum ini telah mengumumkan Parnership Program untuk menyokong ekosistem esukan permainan tersebut, terutama dengan pelancaran secara global pada 20 Jun ini.

Sohor Kini