Capcom ketika Summer Game Fest telah mengumumkan watak-watak DLC yang akan tiba bersama dengan kandungan untuk Tahun 2 bagi Street Fighter 6, ia buat pertama kali menyertakan watak jemputan iaitu Terry Bogard dan Mai Shiranui daripada siri Fatal Fury.

Berikut adalah empat watak yang akan tiba:

  • M. Bison akan tiba bermula pada 26 Jun ini
  • Terry Bogard akan tiba lewat tahun ini
  • Mai Shiranui pula akan tiba pada awal tahun depan
  • Elena watak yang kali terakhir membuat penampilan di dalam Street Fighter IV akan tiba pada pertengahan tahun kedua

Anda boleh lihat treler tatamain untuk M. Bison di bawah.

Street Fighter 6 sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Kandungan tahun dua ini boleh didapatkan melalui ‘Character Pass’ dan ‘Ultimate Pass’.

Sohor Kini