PUBG Mobile Conqueror Series Malaysia Summer Bermula 14 Jun Ini

PUBG Mobile dan POCO Malaysia telah mengumumkan kerjasama untuk hadir dengan kejohanan PUBG Mobile Conqueror Series (PMCS) Malaysia Summer. Kejohanan ini akan melibatkan 16 pasukan dan bermula pada 14 Jun berlanjutan sehingga 7 Julai 2024.

Pasukan yang akan terlibat adalah empat pasukan partnered yang dijemput iaitu Alliance Maven, SEM9 Academy, Crit.VIP Academy dan Todak Squad. Empat lagi adalah pasukan terbaik daripada PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2023 iaitu 1000C Movista, HomeBois, GamesMY 24, dan DX Ravenwood.

Lapan lagi pasukan adalah pasukan-pasukan yang terbaik daripada pusingan kelayakan iaitu WGMia, PEA, Error, Vokey Esports, Academy DH18, Sakura RS, Terengganu Esports, dan Maqna Esports.

Selama empat minggu mereka akan bertempur untuk merebut 10 slot ke PMNC 2024 (slot ini tidak dibuka kepada pasukan partnered). Selain itu, tiga pasukan yang mengumpul markah tertinggi daripada PMCS Summer dan Fall kelak juga berpeluang untuk mewakili Malaysia ke kejohanan PUBG Mobile Super League Asia Tenggara 2025.

Anda boleh mengikuti perkembangan dan juga menonton penstriman langsung kejohanan ini melalui laman-laman sosial rasmi PUBG Mobile.

Sohor Kini