Astro Shaw telah mengumumkan yang filem ‘Kahar Kapla High Council’ akan ditayangkan pada hujung tahun ini, ia merupakan filem prekuel kepada siri TV Projek: High Council.

Filem ini akan diarahkan oleh Razaisyam Rashid yang sebelum ini mengarah siri Anchor SPM. Walaupun pengarah High Coucil Anwari Ashraf tidak menjadi pengarah akan tetapi beliau masih terlibat dengan penulisan skrip untuk filem ini bersama Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Aedy Ashraft dan Sky Iskandar akan menjadi pelakon utama bagi filem ini bersama dengan Amir Ahnaf yang kembali sebagai Kahar. Aedy akan membawa watak Beja manakala Sky Iskandar membawa watak Megat. Selain itu, Thompson Goh dan Khenobu juga menjadi pelakon untuk watak Li dan Jojo.

Bersama dengan pengumuman ini, Astro Shaw juga melancarkan ‘Lesen High Council’ khusus untuk peminat-peminat siri ini, 100 pemenang yang terpilih untuk mendapat lesen ini berpeluang untuk menyertai aktiviti yang akan melibatkan barisan pelakon filem Kahar Kapla High Council.

Anda boleh layari laman Gempak untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini