Skip to main content

Ubisoft ketika Ubisoft Forward telah mengumumkan yang permainan generasi baharu untuk ‘Monopoly’ akan dilancarkan bulan September ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

https://www.youtube.com/watch?v=18fRTLhkadM

Melalui versi baharu ini, Monopoly boleh dimainkan dengan grafik yang lebih menarik, pemain akan bergerak dengan melalui pelbagai kawasan menarik dan boleh melihat bagaimana kawasan tersebut berubah dari semasa ke semasa.

Monopoly ini boleh dimainkan bersama dengan keluarga dan rakan sehingga 6 pemain secara setempat ataupun bermain dengan pemain lain secara dalam talian. Pelbagai peraturan juga boleh ditukar mengikut kehendak pemain untuk menjadikan pengalaman yang lebih baik.

Leave a Reply