HBO Go telah mengumumkan yang siri anime Suicide Squad ISEKAI oleh Warner Bros. Japan dan WIT Studio akan tiba di platform tersebut pada 27 Jun 2024 – ia merupakan siri yang menggunakan watak DC seperti Harley Quinn, The Joker bersama dengan Suicide Squad tetapi penceritaan berdasarkan genre popular sekarang iaitu ISEKAI.

Di dalam siri ini, Amanda Waller telah mengumpulkan sekumpulan penjahat untuk memasuki satu dunia lain iaitu ISEKAI. Dunia ini dipenuhi dengan magis, orcs dan juga naga, mereka perlu melalui kesemua ini untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Senarai pelakon suara terdiri daripada nama-nama terkenal seperti Anna Nagase, Yuuichirou Umehara, Reigo Yamaguchi, Takehito Koyasu, Jun Fukuyama, Subaru Kimura, dan Taku Yashiro.

Sohor Kini