Netflix telah mengumumkan yang filem ketiga Knives Out oleh Rian Johnson akan disiarkan pada tahun 2025 dan menggunakan judul Wake Up Dead man: A Knives Out Mystery dengan Daniel Craig juga akan kembali membawa watak Benoit Blanc.

Selain Daniel Craig, turut diumumkan yang Josh O’Connor, Glenn Close, Josh Brolin, Mila Kunis, Jeremy Renner, Kerry Washington, Andrew Scott, Cailee Spaeny, Daryl McCormack, dan Thomas Haden Church akan turut menjadi pelakon bagi filem ini.

Buat masa ini penceritaan untuk filem ketiga ini masih misteri, akan tetapi menurut Rian Johnson, ia merupakan kes Benoit Blanc yang paling berbahaya.

Sohor Kini