Rebel Moon – The Director’s Cut Tiba 2 Ogos Di Netflix

Netflix telah mengumumkan yang Rebel Moon – The Director’s Cut akan disiarkan di platform tersebut pada 2 Ogos 2024 untuk kedua-dua bahagian bagi filem ini. Seperti yang beberapa kali diperkatakan oleh pengarah Zack Snyder, edisi ini adalah edisi ‘terbaik’ untuk menonton filem ini.

Rebel Moon merupakan siri filem oleh Zack Snyder dengan bahagian pertama ‘Rebel Moon – Part One: A Child of Fire’ disiarkan di Netflix pada 15 Disember 2023, manakala bahagian kedua ‘Rebel Moon – Part Two: The Scargiver’ tiba pada bulan April tahun ini.

Selain menyertakan adegan-adegan tambahan, Director’s Cut juga dikatakan menjadikan filem ini lebih ganas.

Sohor Kini