Netflix hari ini telah berkongsi treler acah untuk siri animasi Arcane bagi musim kedua, yang memperlihatkan konflik semakin meruncing di antara Piltover dan juga Zaun yang secara langsungnya melibatkan Jinx dan Vi.

Christian Linke iaitu pencipta bersama Arcane, mengatakan yang mereka sentiasa mempunyai pengakhiran bagi siri ini, oleh itu, musim kedua ini akan menjadi musim terakhir untuk Arcane akan tetapi beliau mengatakan yang masih terdapat pelbagai projek lain berkait dengan League of Legends akan datang.

Arcane Musim 2 akan disiarkan di Netflix bermula bulan November ini.

Sohor Kini