Assassin’s Creed Shadow Turut Diumumkan Untuk iPad

Ketika acara WWDC, Ubisoft telah mengumumkan yang selain daripada Assassin’s Creed Shadow akan dilancarkan di Mac bersama dengan versi konsol dan PC, permainan terbaru bagi siri ini juga akan dilancarkan untuk iPad tetapi di satu tarikh yang berlainan.

Selain itu, ketika acara Ubisoft Forward, mereka juga berkongsi video tatamain yang memperlihatkan dengan lebih lanjut mengenai cara berbeza dua watak utama iaitu Naoe yang menggunakan gaya Shinobi dan juga Yazuka dengan gaya Samurai.

Assassin’s Creed Shadows akan dilancarkan pada 15 November 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series, Mac dan PC. Ia juga akan tiba untuk iPad di satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini