Prince of Persia The Sands of Time Dilancarkan Pada Tahun 2026

Ubisoft ketika Ubisoft Forward telah mengumumkan yang Prince of Persia The Sands of Time kini akan dilancarkan pada tahun 2026, pengumuman ini dilakukan melalui treler acah yang memperlihatkan kualiti grafik lebih baik berbanding pengumuman yang pertama sebelum ini.

Ia merupakan permainan olahan semula untuk permainan berjudul sama yang dilancarkan pada tahun 2003. Projek ini pertama kali diumumkan pada tahun 2020 dengan sepatutnya dilancarkan pada tahun 2021. Selepas mendapat kritikan oleh peminat mengenai kualiti yang diperlihatkan, Ubisoft mengambil untuk melakukan dua kali penundaan.

Selain melakukan penundaan, Ubisoft juga telah menukar pembangun dari Ubisoft Pune dan Ubisoft Mumbai ke Ubisoft Montreal. Melihat kepada tarikh pelancaran baharu, boleh dikatakan yang Ubisoft Montreal telah memulakan semula pembangunan bagi projek ini.

Sohor Kini