Ketika acara Ubisoft Forward hari ini, Ubisoft telah melakukan perkongsian lanjut mengenai Star Wars Outlaws. Antara yang diperlihatkan adalah video tatamain dan juga video perkongsian lanjut mengenai dunia dan juga mekanik yang disertakan di dalam permainan ini.

Dalam video tatamain yang lebih kurang 10 minit, diperlihatkan watak utama permainan ini iaitu Kay Vess melakukan misi di Mos Eisley iaitu bandar yang terdapat di planet Tatooine. Kay Vess perlu menyelinap masuk ke kawasan yang dikuasai oleh Hutt untuk menjejaki seseorang. Video tatamain ini memfokuskan kepada stealth yang menjadi bahagian penting untuk permainan ini.

Manakala bagi video perkongsian lanjut pula, diperlihatkan pelbagai senjata yang boleh digunakan oleh Kay Vess, pilihan yang berbeza boleh dilakukan oleh pemain yang akan memberi kesan berbeza kepada penceritaan. Video ini juga memperlihatkan dunia-dunia yang berbeza akan diterokai oleh pemain.

Star Wars Outlaw akan dilancarkan pada 30 Ogos 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Anda boleh bermain

Sohor Kini