Ketika acara WWDC yang berlangsung hari ini, Apple TV+ telah berkongsi treler terbaru yang memperlihatkan kandungan-kandungan yang akan datang di platform tersebut, ini termasuklah siri Severance yang dijangka tiba tahun ini.

Selain Severance, treler tersebut juga memperlihatkan siri seperti Silo, Slow Horses, Pachinko, Shrinking, Presumed Innocent, Lady in the Lake dan juga filem seperti Fly Me to the Moon lakonan Scarlett Johansson, The Instigators lakonan Matt Damon dan Casey Affleck dan Wolfs lakonan Brad Pitt dan George Clooney yang akan tiba di pawagam terlebih dahulu.

Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+

Sohor Kini