Football Manager Akhirnya Mendapat Lesen Untuk Premier League

Football Manager boleh dikatakan permainan simulasi pengurusan kelab bola sepak terbesar di dalam industri ini, akan tetapi ia sering kekurangan satu perkara iaitu lesen untuk mempamerkan logo dan jersi kelab-kelab dari Premier League iaitu liga terbesar di England dan antara terbesar di Eropah.

Perkara tersebut akhirnya diselesaikan apabila SEGA dan Sports Interactive telah mengumumkan yang mereka telah menanda-tangani perjanjian untuk multi-tahun bersama dengan Premier League. Pemain tidak lagi sekadar melihat logo kosong yang dihiasi dengan warna sahaja.

Perjanjian ini akan mula diperlihatkan untuk permainan Football Manager yang seterusnya bermula dengan musim bola sepak bagi tahun 2024/2025. Antara perkara yang boleh dijangkakan daripada perjanjian ini adalah lencana, jersi dan juga gambar pemain yang rasmi.

Football Manager 2024 sudah dilancarkan dengan pelbagai edisi untuk platform PlayStation, Xbox, PC, iOS dan Android.

Sohor Kini