Honkai: Star Rail Versi 2.3 Akan Tiba Pada 19 Jun

HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini terbaru untuk Honkai: Star Rail iaitu versi 2.3 yang juga menggunakan judul “Farewell Penacony” akan dilancarkan pada 19 Jun 2024. Kemaskini antaranya akan memperkenalkan watak baharu iaitu Firefly dan Jade.

Bagi Trailblaze Mission untuk versi 2.3 ini, Express Crew dijemput untuk menaiki Radiant Feldspar untuk melihat perbincangan di antara Oak Family selepas Charmony Festival yang terhenti secara mengejut sebelum ini. Di atas Radiant Feldspar ini akan terdapat Simulated Universe baharu iaitu “Divergent Universe”, selain itu terdapat juga Origami Bird yang akan membawa satu permainan-mini baharu.

Watak baharu yang akan tiba ialah Firefly iaitu watak 5 bintang yang merupakan sebahagian daripada Stellaron Hunters, dia merupakan watak jenis Fire dan mengikuti Destruction. Satu lagi watak 5 bintang ialah Jade dengan elemen Quantum dan mengikuti Erudition. Firefly akan disertakan bersama Ruan Mei dan Jade pula disertakan bersama dengan Argenti untuk Warps bagi kemaskini ini.

Honkai: Star Rail sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia merupakan permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini