Square Enix dan pembangun Deck Nine Games ketika Xbox Games Showcase telah mengumumkan Life is Strange: Double Exposure akan dilancarkan pada 29 Oktober 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.
Permainan ini bukan sahaja menjadi permainan terbaru di dalam siri permainan Life is Strange, ia juga akan menjadikan Max Caulfield sebagai watak utama semula, iaitu watak utama di dalam permainan pertama Life is Strange.
Di dalam permainan ini, Max yang sudah lama tidak menggunakan kuasanya, telah cuba untuk menggunakannya selepas rakannya Safi telah dibunuh, namun berbanding mandir masa, Max sebaliknya membuka lajur masa yang berlainan.
Maklumat lanjut mengenai permainan ini akan dikongsi pada 13 Julai 2024.