Skip to main content

A44 Games ketika Xbox Games Showcase telah berkongsi treler terbaru untuk permainan seterusnya oleh mereka iaitu Flintlock: The Siege of Dawn, melaluinya ia turut mengumumkan tarikh pelancaran iaitu pada 18 Julai 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Flintlock merupakan permainan aksi RPG di mana pemain akan bermain sebagai Nor Vanek ia salah seorang daripada kumpulan yang ingin memastikan manusia tidak pupus dengan melawan tuhan-tuhan. Permainan ini memfokuskan kepada pertempuran melee dan juga senjata api.

Terdapat tiga kawasan berbeza di dalam permainan ini dan jika melakukan misi sampingan ia akan memberi kesan kepada kawasan tersebut dan juga membuka kepada lebih banyak misi-misi sampingan yang lain.

Permainan ini diterbitkan oleh Kepler Interactive.

Leave a Reply