Penggambaran untuk filem aksi nyata Keluang Man sedang rancak berlaku melibatkan pelakon-pelakon yang diumumkan sebelum ini iaitu Muhammar Zar atau Nas-T menjadi Borhan/Keluang Man, Remy Ishak sebagai Shamsir Jauhari, Anwaar Beg Moghal sebagai Inspektor Sahab dan Rosyam Nor sebagai Ahmad iaitu guru silat untuk Borhan dan Shamsir.

Terbaru, Astro Shaw juga telah mengumumkan beberapa lagi nama yang akan terlibat dengan filem ini, antaranya adalah Shweta Sekhon yang membawa watak Dr Malini yang berkesempatan untuk menemubual semasa mengunjungi lokasi penggambaran filem ini.

Selain itu, filem ini juga disertai oleh ikon penyampai radio Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin, namun watak-watak yang dibawakan oleh mereka masih tidak diumumkan lagi pada waktu ini.

Filem ini diarahkan oleh Anwari Ashraf iaitu pengarah untuk Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, beliau juga merupakan penulis skrip bagi filem ini.

Sohor Kini