Konami ketika Xbox Games Showcase telah berkongsi treler pertama untuk Metal Gear Solid Δ: Snake Eater iaitu versi olahan semula untuk Metal Gear Solid 3: Snake Eater yang dilancarkan pada tahun 2004. Treler ini serba sedikit memperlihatkan tatamain untuknya.

Selain menyertakan penambah-baikkan untuk grafil dan juga audio, ia juga menyertakan cara kawalan baharu, namun Konami mengatakan yang pemain juga masih boleh bermain menggunakan cara kawalan dan juga kamera seperti permainan asal jika mereka inginkannya.

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC tetapi pada waktu ini masih tiada tarikh pelancaran.

Sohor Kini