Blizzard ketika Xbox Games Showcase telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk World of Warcraft iaitu The War Within akan dilancarkan pada 26 Ogos 2024 dengan sesi pra-tempahan dan juga beta tertutup dibuka sekarang.
Penambahan ini akan membawa pemain ke kawasan baharu di bawah Azeroth iaitu Isle of Dorn, The Ringing Deeps, Hallowfall dan Azj-Kahet untuk menyelamatkan Azeroth daripada serangan ‘Harbinge of the Void’.
Seperti diumumkan pada BlizzCon 2023, The War Within merupakan bahagian pertama daripada siri penambahan ‘Worldsoul Saga’ yang diikuti dengan dua lagi penambahan iaitu ‘Midnight’ dan ‘The Last Titan’ yang akan tiba kemudian.
World of Warcraft sudah dilancarkan untuk PC.