Compulsion Games ketika Xbox Games Showcase telah berkongsi treler terbaru untuk South of Midnight iaitu permainan aksi pengembaraan mereka yang pertama kali diumumkan pada tahun lepas. Treler terbaru ini serba sedikit memperlihatkan tatamain untuknya.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal watak utama iaitu Hazel yang menjadi penjaga untuk pekan Prospera. Hazel mempunyai kebolehan untuk membuka dan menjahit realiti. Hazel akan bertemu dengan pelbagai raksasa mitos, termasuk juga buaya gergasi yang diperlihatkan di dalam treler.

South of Midnight akan dilancarkan pada tahun 2025 untuk Xbox Series dan PC.

Sohor Kini