Fallout 76 Skyline Valley Dilancarkan 12 Jun Ini

Bethesda Game Studios ketika acara Xbox Games Showcase telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk Fallout 76 iaitu Skyline Valley akan dilancarkan pada 12 Jun 2024 untuk PlayStation, Xbox dan juga PC.

Di dalam penambahan pertama yang menyertakan kawasan baharu iaitu Skyline Valley yang dihasilkan berdasarkan ‘Shenandoah National Park’. Pemain juga boleh mencari Vault 63 yang mempunyai misteri yang tersendiri termasuk juga Ghoul yang menetap di Vault tersebut.

Mereka juga mengacah yang pemain boleh bermain sebagai Ghoul pada tahun 2025.

Sohor Kini