Terdapat pelbagai permainan menarik yang diperlihatkan ketika Xbox Games Showcase, dan satu permainan yang mencuri tumpuan kami dan juga pemain lain yang menonton acara tersebut adalah Clair Obscur Expedition 33.

Permainan ini akan dilancarkan pada tahun 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Seperkara menarik mengenai permainan ini adalah ia menggunakan sistem pertempuran mengikut turutan, dan pembangun permainan ini sendiri mengatakan yang mereka mengambil inspirasi daripada JRPG tetapi turut menyertakan gerakan masa nyata seperti mengelak, melakukan kombo mengikut irama dan juga menyasarkan bahagian tertentu semasa menyerang.

Bagi penceritaan pula, permainan ini memfokuskan kepada Paintress yang setiap tahun akan menulis satu umur, dan setiap orang yang berumur seperti tertulis akan mati. Gustave bersama dengan beberapa lagi rakannya di dalam misi untuk membunuh Paintress dan mereka hanya mempunyai setahun untuk melakukannya.

Permainan ini dibangunkan oleh Sandfall Interactive yang juga merupakan permainan pertama mereka dan akan diterbitkan oleh Kepler Interactive.

Sohor Kini