Bethesda ketika Xbox Games Showcase telah berkongsi treler pertama untuk Shattered Space iaitu penambahan yang pertama bagi Starfield. Penambahan ini akan memfokuskan kepada planet Va’ruun’kai iaitu planet asal House Va’ruun, penambahan ini akan dilancarkan sekitar tahun ini.

Selain itu, kemaskini untuk bulan Jun juga sudah tiba dengan menyertakan Creations iaitu sokongan mod secara rasmi. Pembangun boleh mula memuat-turun Creation Kit untuk memudahkan pembangunan mod bagi permainan tersebut.

Selain itu, Starfield juga menerima Trackers Alliance yang membolehkan pemain untuk melakukan misi tambahan termasuk juga Bounty. Senjata Melee juga dipertingkatkan dengan pemain kini boleh mempertingkatkan kekuatan untuknya, pemain juga kini boleh menghasilkan sendiri peluru.

Starfield sudah dilancarkan untuk Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut – Ulasan Starfield.

Sohor Kini