EA dan BioWare telah berkongsi treler pertama untuk Dragon Age: The Veilguard dikenali sebagai Dragon Age: Dreadwolf sebelum ini. Treler ini juga telah mengesahkan yang permainan ini akan tiba pada akhir tahun ini.

Melalui treler ini mereka memperlihatkan watak-watak companion yang boleh dijumpai di dalam permainan seperti Harding, Neve, Emmrich, Taash, Davrin, Bellara dan Lucanis, selain daripada watak rekaan pemain sendiri.

BioWare juga mengatakan yang perkongsian lanjut mengenai permainan ini akan dilakukan hari ini termasuk juga 15 minit sesi tatamain.

Sohor Kini