Undead Labs ketika Xbox Games Showcase telah berkongsi treler baharu untuk State of Decay 3 iaitu permainan yang pertama kali diumumkan pada acara yang sama 4 tahun yang lepas. Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.
Walaupun ia sekadar treler cinematic akan tetapi Undead Labs mengatakan terdapat beberapa perkara yang menggambarkan permainan penuh. Antaranya adalah di dalam treler ini diperlihatkan yang beberapa watak bermula dari tempat-tempat berbeza sebelum berkumpul di satu tempat selepas mendapat panggilan kecemasan.
Konsep ini akan digunakan di dalam permainan penuh kelak dengan setiap pemain boleh bermula dari tempat-tempat berbeza dan melakukan perkara tersendiri sebelum bersama dengan pemain lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Konsep kematian kekal juga terus digunakan seperti yang diperlihatkan di dalam treler.
Undead Labs juga memperlihatkan logo baharu untuk studio mereka. Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran untuk permainan ini.