The Coalition ketika Xbox Games Showcase telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan permainan baharu iaitu Gears of War: E-Day, yang akan menjadi permainan terbaru di dalam siri Gears of War. Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Berbanding meneruskan penceritaan selepas Gears 5, E-Day sebaliknya membawa pemain ke Emergence Day iaitu pertama kali Locust menyerang iaitu 14 tahun sebelum kejadian di dalam permainan pertama bagi siri ini dan memfokuskan kepada kisah awal Marcus Fenix dan Dom Santiago.

Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran dan juga platform yang diumumkan.

Sohor Kini