Diablo IV Vessel of Hatred Tiba Pada 8 Oktober 2024

Blizzard ketika Xbox Games Showcase telah mengumumkan yang penambahan pertama untuk Diablo IV iaitu Vessel of Hatred akan dilancarkan pada 8 Oktober 2024 di setiap platform Diablo IV dilancarkan. Selain itu, mereka juga berkongsi treler cinematic yang anda boleh tonton di bawah.

Penambahan ini akan membawa pemain ke kawasan baharu iaitu Nahantu di dalam pencarian Neyrelle iaitu watak yang dijumpai di dalam penceritaan sebelum ini. Selepas pilihan yang dilakukan oleh Neyrelle di dalam permainan asas, dia terpaksa menghadapi ancaman Mephisto.

Vessel of Hatred juga akan memperkenalkan kelas baharu yang menurut Blizzard tidak pernah digunakan sebelum ini.

Baca: Ulasan Diablo IV (Kempen).

Sohor Kini