Bethesda ketika Xbox Games Showcase telah mengumumkan yang permainan seterusnya di dalam siri DOOM akan dilancarkan pada tahun 2025 iaitu DOOM: The Dark Ages. Ia akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC serta boleh didapatkan melalui Xbox Game Pass dan PC Game Pass.

The Dark Ages merupakan prekuel kepada DOOM yang dilancarkan pada tahun 2016 dan permainan susulan untuknya iaitu DOOM Eternal. Melalui treler diperlihatkan pelbagai senjata baharu yang boleh digunakan oleh DOOM Slayer termasuk juga mecha.

Sohor Kini