Skip to main content

Kemaskini, 3 Ogos 2024 – Valorant untuk PlayStation 5 dan juga Xbox Series kini dilancarkan secara rasmi. Mod Ranked juga sudah tersedia untuk pemain.

Riot Games ketika Summer Game Fest telah mengumumkan yang permainan kompetitif menembak mereka iaitu Valorant akan hadir di platform baharu, bukan di Mobile seperti diumumkan sebelum ini, tetapi di konsol iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series.

Apabila ia dilancarkan kelak, Riot Games mengatakan yang pemain di konsol yang boleh bermain sesama sendiri sahaja dan tidak akan menyertai pemain di PC, namun akaun yang digunakan untuk kedua-dua platform adalah sama, oleh itu sebarang pembelian dilakukan di satu platform juga boleh digunakan di platform yang berlainan.

Valorant untuk konsol dijangka tiba pada tahun ini, sebelum itu mereka juga mengadakan sesi Beta tertutup untuk pemain di PlayStation 5 pada 14 Jun ini. Anda boleh layari laman ini untuk mendaftar dan juga mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Reply