Firaxis Games ketika Summer Game Fest telah mengumumkan yang Civilization VII iaitu permainan seterusnya di dalam siri permainan strategi 4X ini akan dilancarkan pada tahun 2025. Selain itu, mereka juga mengatakan yang perkongsian lanjut akan dilakukan bulan Ogos kelak.
Pengumuman ini mengesahkan laporan kami pada awal tahun lepas yang mengatakan Firaxis Games sedang membangunkan permainan baharu di dalam siri Civilization. Permainan ini akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.